Kamus Perubatan

MEMBUDAYAKAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Tuesday 24 April 2012


Kemajuan ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu cabaran kepada negara dan sistem pendidikan khususnya untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran ICT.  Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju ICT dalam dunia pendidikan perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan.  Penggunaan ICT juga mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa.


LANGKAH 1: KEMUDAHAN KOMPUTER
-        Menyediakan Makmal komputer dan peralatan komputer di sekolah-sekolah di Bandar dan Luar Bandar dengan lengkap oleh Kementerian Pendidikan

LANGKAH 2: KEMAHIRAN GURU DAN PENSYARAH
-    Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalam bidang ICT hanya sedikit ataupun terhad bagi sesebuah sekolah termasuk di sekolah bestari atau (smart school). Oleh itu bilangan guru dan juruteknik yang berkemahiran perlu ditambahkan bagi setiap sekolah dalam usaha memastikan penggunaan baik dan berkesan . Guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT ialah dengan menyediakan bengkel atau kursus ICT kepada guru. Dengan adanya bengkel kemahiran ICT bagi para guru akan berupaya meningkatkan efikasi.

LANGKAH 3: MEMBUDAYAKAN PENGGUNAAN ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DALAM PEMBELAJARAN
-    Penggunaan ICT dalam bidang  pendidikan dapat meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud dalam pembelajaran tradisi yang sebelum ini terhad kepada penggunaan buku, kapur dan papan hitam.Dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik serta mampu merangsang minda dan menambah kefahaman pelajar. Soalan peperiksaan dan nota juga boleh dimasukkan ke dalam email atau laman web yang digunapakai untuk menggalakkan penggunaan ICT.

LANGKAH 4: SIKAP DAN MINAT GURU/PENSYARAH
-    Seorang pendidik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti professional untuk menjalankan tugasnya dengan berkesan mengikut nilai-nilai keguruan. Kualiti profesional seseorang guru merangkumi semangat berdedikasi, peka kepada perubahan, sedar tentang keperluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran, dan mempunyai inovasi dalam tugas. Seseorang guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi. Dalam hal ini, guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar dengan cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.

LANGKAH 5: MENGGALAKAN PENCIPTAAN & INOVASI
-    Pameran ciptaan inovasi yang terkini perlu diadakan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang teknologi terkini yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan Mungkin cara ini sangat sesuai kepada orang ramai yang meminati bidang ini tanpa perlu mereka berbelanja besar untuk ke luar Negara.   Selain itu pertandingan mereka cipta berkonsepkan inovasi juga perlu digalakkan kepada semua masyarakat untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam bidang ciptaan, seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 
LANGKAH 6:  MEMASUKKAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM KOKURIKULUM DI SEKOLAH/UNIVERSITI 
-    Sekolah, kolej dan universiti merupakan institusi formal yang melatih dan mengasah kemahiran dan pengetahuan pelajar mengenai ICT. Teknologi dan Inovasi harus dimasukkan dalam salah satu aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah rendah lagi bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar kepentingan komputer dalam pendidikan dan pelajar dapat membiasakan diri untuk menggunakan ICT dalam proses pembelajaran yang lebih kreatif dan berkesan.
  

2 comments:

Unknown said...

Menggalakkan ciptaan dan inovasi :
Sebelum ni..zaman sekolah dulu, pada tahun 1980an..tak pernah dengar pun tentang ciptaan dan inovasi apatah lagi menggalakkan para pelajar untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif..kalau ada pun memang sedikit..tapi sekarang, disediakan berbagai hadiah yang menarik bagi menggalakkan masyarakat terutama sekali para pelajar untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif - contohnya pertandingan robotik peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Anonymous said...

Memang tidak dapat dinafikan kemajuan sains dan teknologi semakin pesat menbangun menjadikan kita semakin cepat dalam melaksanakan tugasan kerja. Maklumat dihujung jari amat mudah untuk dicari dan tidak perlu pergi jauh semuanya ada dalam rumah kita sendiri. Itulah ICT....