Kamus Perubatan

URUSAN JUAL BELI MELALUI INTERNET

Tuesday 24 April 2012

Urusan jual beli di internet merupakan cara perniagaan yang mudah secara online. Perkembangan ICT pada masa ini juga mempengaruhi perkembangan ekonomi. Berbagai cara jual beli yang sebelum ini hanya boleh dilakukan dengan cara bertemu langsung antara penjual dan pembeli, kini dapat dengan mudah dilakukan hanya melalui internet. Jual beli melalui Internet ini dikenali dengan nama e-commerce. E-Commerce secara umum adalah transaksi jual beli secara elektronik melalui media internet. Sebagai suatu proses berbisnes dengan menggunakan teknologi elektronik yang menghubungkan antara perusahaan, pengguna dan masyarakat dalam bentuk transaksi elektronik dan pertukaran atau penjualan barang, servis, dan informasi secara elektronik.

Jual Beli Online yang saya gunakan adalah Facebook untuk membeli kek, tudung, biskut raya dan pakaian. Saya juga berpengalaman menggunakan Laman Web Mudah.Com untuk membeli sebuah kereta kancil. Kereta tersebut telah saya gunakan selama setahun. Kereta tersebut berada dalam keadaan baik dan belum pernah berlaku kerosakan yang serius terhadap enjin. Keluarga saya juga menggunakan Laman Web Mudah.Com untuk menjalankan perniagaan  kereta sewa dan rumah sewa yang begitu menguntungkan.

Bagaimana dengan anda, pernahkah anda membeli barang melalui internet?  Ada yang berpendapat membeli-belah melalui laman web jauh lebih memudahkan berbanding ke kedai. Mempunyai lebih banyak masa untuk pilih apa yang hendak dibeli  dan barang-barang itu akan dihantar terus ke rumah. Pembeli hanya perlu tunggu sahaja di rumah. Pada masa yang sama, ada pula yang rasa membeli-belah begini membahayakan, sebab ada kemungkinan berlakunya penipuan. Apa pendapat anda.....
http://www.youtube.com/watch?v=v4bhytifgf8
http://www.youtube.com/watch?v=Taq0CjyVxR8


7 comments:

Hasliszaini @ ANN said...

Bagi pendapat saya, jual beli secara on line ada kebaikan dan ada juga keburukannya...kebaikannya adalah kita dapat menjimatkan masa kerana kita tidak perlu menghabiska masa pergi ke kedai-kedai untuk survey harga barang-barang yang kita perlukan. Kita hanya boleh duduk di rumah dan duduk menghadap komputer sahaja. dengan menghadap komputer sahaja kita boleh survey harga barang tersebut ke seluruh negara. Keburukannya pula seperti yang anda maklumkan, risiko penipuan akan berlaku, seperti yang telah berlaku kepada seorang sahabat, beliau telah membuat pembelian secara on line dan habuan yang beliau terima adalah sebiji batu besar dan sebuah tin kosong...Justeru itu kita perlulah berhati-hati didalam pembelian secara online ini..yang penting kejujuran..tq.

Mazita said...

Perniagaan internet merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan teknologi yang canggih atau lebih dikenali sebagai e-dagang iaitu melakukan urusan jual beli antara peniaga dengan pengguna melalui Internet. Di Malaysia, aktiviti perniagaan Internet semakin terkenal dan mendapat sambutan pada masa kini, selaras dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi negara. Di samping itu, perniagaan Internet bukan sahaja khusus kepada syarikat-syarikat besar, malah terdapat juga syarikat kecil yang menjalankan perniagaan Internet, walaupun mereka mempunyai pekerjaan tetap bagi memperoleh pendapatan sampingan. Hal ini menunjukkan bahawa perniagaan Internet semakin mendapat sambutan hangat iaitu memberi kebaikan kepada peniaga mahupun pengguna. Walau bagaimanapun, perniagaan Internet juga mempunyai keburukan yang tidak dapat dijangka.

Disamping itu, perniagaan internet memberikan kelebihan iaitu urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan kos. Hal ini demikian kerana, pihak peniaga tidak perlu mempromosikan produk mereka di luar seperti mengadakan promosi di tepi-tepi jalan, pasar raya dan tempat-tempat awam yang lain. Para peniaga juga boleh membuat promosi dengan mudah iaitu mengiklankan setiap produk mereka dengan menggunakan kemudahan Internet. Kerja-kerja promosi bukan sahaja dapat dijalankan dengan mudah, malahan kosnya juga dapat dikurangkan, antaranya kos pengangkutan dan tenaga kerja dalam aktiviti promosi. Keadaan ini turut memudahkan pelanggan dalam urusan pembelian barang. Pelanggan tidak perlu membuang masa untuk membuat tempahan di kedai malah boleh membuat tempahan melalui Internet sahaja. Sebagai contohnya saya selalu berurusan dengan Myeg dalam urusan memperbaharui lesen kereta.

Marini said...

Bagi pendapat saya urusan jual beli melalui internet ada baik dan buruknya.Contohnya saya pernah melihat pengalaman yang dialami oleh ahli keluarga sendiri dimana apabila beliau telah membeli gadget melalui internet dan menerima barang tersebut, didapati barangan tersebut mengalami masalah dimana ianya telah rosak semasa ingin mengecasnya.Apabila diutarakan masalah tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab pihak terbabit memberi alasan bahawa kerosakan tersebut mungkin berlaku semasa proses penghantaran dan dikehendaki menghantarnya balik kepadanya tetapi apabila ianya dibaiki masalah tetap sama dan pihak terbabit seperti tidak mahu bertanggungjawab.Akhirnya terpaksa beli yang baru di kedai yang berlesen..Tetapi ada juga pihak yang jujur dimana barang yang dibeli akhirnya sampai ke tangan pembeli walaupun melaui internet..Jadi disini kita perlu berhati-hati dalam membuat urusan pembelian melalui internet..

hidayah said...

Saya amat tertarik dengan isu yang anda sampaikan. Urusan jual beli melalui internet bukanlah sesuatu perkara baru malah sangat popular terutama menjelang perayaan. Memang benar pendapat rakan - rakan bahawa urusan jual beli secara on-line ada kebaikan dan ada keburukan. Bagi mengurangkan risiko ditipu, sebaiknya kita hanya membuat urusan jual beli secara on-line dengan orang yang kita kenali. Mengenai laman web Mudah.com pula saya sendiri mempunyai pengalaman yang sama dimana urusan sewa rumah lebih mudah dilakukan. Pengguna lebih mudah memilih lokasi rumah yang diingini, bajet sewa bulanan serta mendapat sedikit maklumat jenis rumah yang hendah disewakan.Oleh itu, pengguna harus bijak membuat pilihan sebelum melakukan urusan jual beli secara on-line.

itazb said...

terima kasih di atas komen-komen rakan-rakan sekalian. Urusan Jual beli online juga amat menjimatkan masa dalam aktiviti jual beli. Risiko ditipu adalah lumrah,kita sebagai pembeli harus bijak dalam menjalankan urusan jual beli ini

Anonymous said...

Jual beli dalam internet dewasa ini amat glamour dilayar komputer sehinggakan ia menjadi kesukaan bukan sahaja di kalangan dewasa malah golongan anak-anak juga gemar ber 'shopping' dalam internet. Cara ini amat mudah untuk kita tidak membuang masa merewang-rewang ke shopping kompleks. Tapi harus diingat jika terlalu berseronok membeli barangan dalam internet sehingga terlupa 'sweep' kredit kad sudah sampai limit..perlu berwaspada...

AMISHA said...




Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)